About Me

My photo
aina nabilah bt abdul hamid.. she have a feeling to hurt but she don't have a tears to cry.. :')

Tuesday, February 19, 2013

cinta atau obses part 1


"huuhh..", aku mengeluh lagi. kertas-kertas yang penuh dengan nombor di hadapanku, aku tatap dengan berpinar-pinar. kenapa dia muncul lagi setelah 5 tahun menyepi. setelah aku tetapkan hati aku untuk melupakan dia dan meneruskan hidup. Aku belum berjaya untuk menghapuskan kenangan lalu yang begitu perit.
................................................................................................................................
"hoiiii! kau tengok apa tu?" 
"eh sayang kau". aku yang terkejut dengan sergahan adiba terus mencubit lengannya. "hisy kau ni. datang-datang terus nak buat aku mati. kalau aku terterjun bangunan ni macam mana hah? tak sempat aku nak amik spm. kot ye pun tunggu la aku jadi orang berguna dulu baru...."
"habis tu sekarang ni kau tak bergunalah ye?", adiba terkekek-kekek ketawa.
"choiii mulut kau. aku baling dengan sandal batu aku ni baru kau tahu." aku dah membuka sandal berwarna coklat dan bersiap sedia untuk menyerang. jangan tak tahu, aku ni jaguh baling selipar kat kampung dulu. hehh. 
"ehhh.. sabar Nia. aku gurau je.. " adiba menanyangkan giginya yang tersusun dan putih itu. 
"haa.. tahu pun kau takut." aku tertawa geli hati melihat reaksi adiba itu. macam ni lah kami berdua. adiba kawan yang boleh di ajak bergurau, walaupun gurauan kami kasar. ada satu hari tu aku pernah tersimbah dia dengan air basuh baju aku yang direndam selama 3 hari sebab di sergah oleh minah tu. kadang-kadang aku terketuk dia dengan buku add math yang tebalnya boleh buat orang pening lalat. dan dia pula pernah terbaling bola softball kat mata aku sampai sepet mata aku. err.. semuanya TER dengan sengaja. 
"bukan takut la Nia. tapi cuak. hehe. kau ni bukannya boleh. nanti habis pipi aku yang comel ni melekat tapak sandal kau. eh kejap-kejap. kau buat apa tadi sampai aku panggil banyak kali kau tak dengar? dah la merayap tak ajak aku." adiba berpura-pura memasamkan mukanya. eleh. ingat aku nak pujuk kau ke diba. hailaaa adiba-adiba. aku tersengih didalam hati.
"alah.. aku saja nak suruh kau belajar. ini tak.. asyik nak memonteng prep petang je. isy3. ape nak jadi la dengan kau ni diba.." aku menggeleng-geleng kepala. 
"aku pulak yang kena.. habis tu kau???? kau tak memonteng lah ye?" adiba mencerlungkan matanya.
"aku tak pe." aku tayang muka comel di depannya. 
"apalah nasib aku dapat kawan macam kau ni. dah lah kasar, mereng pulak tu. kau tengok apa tadi? budak laki mana pulak kau minat ni?" adiba tanya sambil memandang ke arah tempat yang di renung aku tadi. 
"kau ni.. tahu-tahu aje. tuuuuuuu. budak laki yang duduk sorang-sorang kat tepi padang tu. kau kenal?" aku memuncungkan mulut ke arah seorang budak lelaki yang sedang termenung sendirian.
 "ohh.. yang itu. nama dia afiq. dia budak kelas sains 1, AJK surau, budak ragbi dan boyfriend kepada Hadira kos mekanikal merangkap pengawas asrama." terang adiba kepadaku.
"erkk.. dah ade makwe?" alahai. muka hensem memang lah patut ade makwe. tapi kenapa aku tak pernah nampak dia sebelum ni?
"hisy kau ni. tak habis-habis nak minat orang. tapi pakwe pun tak de." adiba tersenyum mengejek. 
"biar lah. aku memang suka minat orang. bagi aku minat tu tak salah. bukannya aku kacau orang pun." aku menjelirkan lidah.
'tapi kalau aku tahu orang minat aku, memang aku reject awal2 orang tu walaupun dia hanya nak berkawan.' sambungku didalam hati. hebatkan prinsip aku. itulah diri Nia Amalin binti Nasri. 
"sudahlah tu tenung anak teruna orang. jom kemas barang. waktu prep dah nak habis ni. kejap lagi nak ke surau pulak." adiba mematikan lamunan aku. 
"baik boss! jom. lets go!" aku melarikan pandangan kearah pintu kelas ku yang ternganga luas. Rata-ratanya semua sudah berkemas untuk meninggalkan kelas tersebut. 


"Nia??? aik? bukan ke kau selalu duduk saff paling belakang? kenapa tiba-tiba hari ni aku tengok muka kau kat saff paling depan? ", Nurul tiba-tiba muncul menyiku aku. 
"shhh.. diam lah. dalam surau mana boleh cakap. nanti kena ambil nama. tu.. kau nampak tak tu AJK surau dah tenung-tenung." aku membisikkan ke telinga Nurul cuba untuk mengalihkan tumpuannya dari soalan yang akan dikemukakan. padahal dalam hati ada agenda yang tersendiri. 
"eleh Nurul. macam la kau tak tahu hari ni hari apa. biasalah si Nia ni. kejap lagi jadi mata serigala lah. tajam aje." ujar adiba yang duduk disebelahku. 
'ciss. bikin kantoi tak bermaruah je la si diba ni.' selalunya pada hari minggu akan diadakan aktiviti surau seperti ceramah agama dan taaruf. Di sini lah penghuni asrama seperti kami dididik dan di terapkan nilai keagamaan agar sentiasa mengingati pada yang SATU. 
"shhhhhh!!!!!!", serentak kami bertiga berpaling suara tersebut. kelihatan ketua AJK surau perempuan, Azlin memandang tajam ke arah kami seperti memberi amaran supaya diam. kami bertiga hanya mampu tersengih-sengih dan menekur di lantai. 
'sreettttttt'... tirai di hadapan kami yang memisahkan antara saff perempuan dan saff lelaki di buka. bagaikan terkena renjatan elektrik, badan aku terus menegak 90 darjah. mataku menangkap susuk tubuh seseorang yang lengkap berbaju melayu biru serta bersamping. alahai. segaknya dia. hati ini terasa cair dan terasa berada di awang-awangan. ada blink2 bentuk hati di depan mataku. 
"jaga mata anda sesungguhnya mata adalah sekecil-kecil zina dan ia dinamakan zina mata."
"errkkk. uhukk..uhukk." aku terbatuk-batuk kecil. suara ustaz Amir berkumandang di cuping telingaku. aduh. terkena pada batang hidung aku yang tak berapa nak mancung ini. terlupa pulak tajuk ceramah pada hari ini berkisarkan tentang batas dan pergaulan. aku terus menundukkan wajah, insaf seketika dan cuba menghayati bait-bait ayat yang di keluarkan. 


Peperiksaan SPM tinggal hanya beberapa minggu. aku sibuk mengulangkaji pelajaran dan meninggalkan segala hobi aku yang tidak mendatangkan faedah iaitu meminati orang. sebelum memasuki sekolah ini aku sudah berjanji kepada diri sendiri untuk membanggakan kedua orang tua ku dan aku akan buktikan kepada mereka bahawa anaknya ini mampu berjaya. 
akhirnya, saat yang ditunggu telah pun tiba. hari ini ialah hari tamatnya persekolahan ku dan hari yang telah mengubah statusku sebagai seorang pelajar sekolah kepada seorang yang lebih dewasa. kertas peperiksaan akhir iaitu fizik, aku jawab dengan bersungguh-sungguh sehingga tamatnya waktu. selesai pengawas peperiksaan mengutip kertasku, aku berpusing ke arah belakang dan alangkah terkejutnya apabila melihat dewan yang tadinya penuh dengan pelajar kini hampir kosong. tinggal beberapa orang pelajar sahaja yang menghela nafas lega apabila kertas mereka di kutip. wah. dasyat juga pelajar-pelajar sekolah aku ni. cepat betul jawab paper killer yang di ibaratkan tali gantung di leher. 
keluar dari dewan peperiksaan, aku memanjangkan leher mencari kelibat Adiba. Tapi mataku sempat menangkap dua susuk tubuh yang sedang berbual mesra. aku tersenyum kecil melihat afiq dan hadira yang sedang bertukar hadiah. didalam hati ini hanya mampu berdoa agar mereka dipanjangkan jodoh. 
"Nia!!!! yey! kita dah merdeka Nia. kita dah bebas! tak perlu lagi dijajah dengan subjek-subjek yang menyesakkan otak." adiba memelukku dari arah belakang.
"kuss semangat. hisy kau ni diba. dari dulu sampai sekarang perangai tak semenggah. cuba la bersopan sikit tegur orang tu." aku mencebikkan wajah. 
"hehe. aku happy sangat sampai tak sempat nak bersopan-santun tegur kau. kau tu yang ralit sangat tengok apa tah." adiba tertinjau-tinjau tempat yang di duduki oleh Afiq dan hadira tadi tapi dua tubuh tersebut telahpun hilang dari pandangan mata. 
"Sudah la tu. takda apa pun yang aku tengok tadi. jom kita ke asrama. papa aku pun rasanya dah sampai. barang-barang banyak lagi yang tak terangkut turun." ujarku segera menapak ke arah bangunan asrama.

No comments:

Post a Comment