Sorry to say. Org zaman sekarang ni bila ade masalah, suka duka semua nak post kat laman sosial (termasuk aku). Betul la ckp my bro, itu tempat meluahkan perasaan! =.= kalau bg impact yg baik xpe jugak. Kalau sebaliknya??? Haa. Kan dh jd 1 problem yg baru. Ade sesetengah ape yg kita rasa boleh di kongsi dengan public. Tp sesetengah lagi baik kita diamkan ataupun kalau rasa x leh tahan sgt, kongsikan dgn yg terapat saje.
Contohnya:
Hal2 rumah tangga. Habis di canang satu dunia. Berita cepat tersebar ok. Nak2 laman sosial camtu. Org semua boleh baca. Motif?? Mybe nak luahkan ape yg terbuku dlm hati tu. Tp rasanya tak kene utk luahkan kat dalam tu. Ok. Kte boleh ckp cmni, "u are not in my shoes. Kau tak rasa ape yg aku hadap skang nih". Yeah. Itu betul. Org lain just boleh bg nasihat. Tp kita yg rasa! Just satu je yg aku boleh ckp, sebesar mana ujian dan dugaan kau, berbalik lah pada yg SATU. DIA je yg boleh tenangkan kau. Tempat sebaik2nya untuk mengadu.
Heh! Dia buat aku takut utk kahwin. Takut tak pandai jaga maruah diri, maruah suami, maruah keluarga. Takut dpt pasangan yg mencabar dan menduga hati, mental dan fizikal. Susah jugak kahwin muda ni. Ehhh. :)
Bila dia jadi api, kita kne jadi air utk tenangkan dia. Kalau x, dua2 hangus hancur jadi debu. Kte kahwin bukan utk cerai. So choose ur partner wisely.
Notes : I'm not mentioning anyone. General. Selamat berpuasa! Semoga bulan puasa ini mengajar kita utk menahan nafsu. Bukan nafsu makan minum semata2. Tp semua jenis nafsu. Ohh. Tak lupa. Mini novel ni sangat lah best dan memberi pengajaran utk kita jalani hidup yg bengkang bengkok ni. 'DAN BILA AKU MERASA-Rehan makhtar. Do visit here. Wrehan.blogspot.com.
About Me
- FairyTalena
- aina nabilah bt abdul hamid.. she have a feeling to hurt but she don't have a tears to cry.. :')
Saturday, July 20, 2013
Sunday, June 30, 2013
fairytale
Its all about fairytale. Kadang2 aku rasa baik kisah hidup aku ni ibarat fairytale. Bukan realiti. Tp kalau aku anggap macam tu bermakna aku tak redha dgn ketentuan yg Allah dah tetapkan. Allah dah tulis dan rangka jalan cerita utk kita sebaik2nya.. segala benda yg terjadi, duka suka itulah kehidupan.. org yg tak pernah ada masalah adalah org yg x de life. :) so banyak2 kan lah ucap syukur bila kita ada masalah sbb Allah sygkan kita..
Note: aku dah tenang. Di sebabkan kisah silam, aku dah berjaya didik diri aku jadi yg terbaik. Aku dah x berdendam. Benci pun sama sekali tidak. Itu pengajaran buat aku yg pernah melakukan kesilapan.
Note: aku dah tenang. Di sebabkan kisah silam, aku dah berjaya didik diri aku jadi yg terbaik. Aku dah x berdendam. Benci pun sama sekali tidak. Itu pengajaran buat aku yg pernah melakukan kesilapan.
Wednesday, April 10, 2013
current feeling.
Lirik Lagu Judika - Bukan Dia Tapi Aku
Lirik Lagu Judika - Bukan Dia Tapi Aku
Lyrics Bukan Dia Tapi Aku - Judika
Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan untuk disakiti
Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku
Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Cintaku cintaku
Lebih besar dari benciku lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan dia jangan dia
Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia
Lyrics Bukan Dia Tapi Aku - Judika
Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan untuk disakiti
Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku
Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Cintaku cintaku
Lebih besar dari benciku lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan dia jangan dia
Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia
note : rindu sangat menyakitkan. SANGAT! but just 1 thing. LEAVE. u have to.
Thursday, April 4, 2013
untuk pendidik
doa seorang pendidik sangat makbul selepas doa dari ibubapa.. apa yang keluar dari mulut seorang pendidik itu adalah suatu doa.
sekolah rendah...
kepada teacher bahasa inggeris.. saya tahu saya x pandai utk menulis dan bercakap dalam bahasa tersebut. silap saya salah mengeja perkataan WEDNESDAY. saya tulis WESNEDAY. saya confuse walaupun saya sudah darjah 6. teacher baling buku kat muka saya di depan kelas. i'll never forgot that embarrassed moment. teacher canang 1 bilik guru cakap saya bodoh. mak saya yang mengajar disitu juga hanya mampu tebalkan muka. it's ok teacher. disebabkan peristiwa tu saya sudah fasih berbahasa inggeris walaupun grammar berterabur. hihi. thank you teacher. :)
sekolah menengah...
kepada cikgu lukisan kejuruteraan.. saya x mampu untuk imagine lukisan yang cikgu suruh lukis. saya akui saya lembab dalam berimiginasi.. saya masih teringat, saya tanya cikgu macam mana nak buat. cikgu terangkan tp saya still tak paham. saya terkial2 nak buat. pastu cikgu cakap... awak ni bodoh lah. bergenang air mata saya cikgu. saya tahu saya x pandai macam org lain. tapi saya rasa tak patut cikgu cakap macam tu.. cikgu buat saya rasa tak bersemangat. tapi tak pe la. salah saya sebab saya lambat dan buat cikgu geram. mintak maaf.
kepada cikgu chemistry. saya takut bila waktu cikgu mengajar. menggigil tangan kaki badan. cikgu cakap saya bodoh bila saya x mampu nak menjawab soalan cikgu. saya x mampu perform better dlm kelas cikgu. cikgu bandingkan anak2 cikgu dgn kami semua. cikgu ckp anak cikgu semua pandai2. sejak tu saya dah tak minat langsung dalam subjek cikgu.. saya x boleh nak score. test, exam saya asyik failed. x pernah lulus. tp alhamdulillah, bila spm sy lulus subjek cikgu tapi tak credit. :(
sekarang...
saya tak lagi bodoh seperti cikgu2 cakap. saya dapat award utk diploma dan berharap dapat lg award utk degree saya. terima kasih cikgu. sebab perkataan BODOH yang cikgu keluarkan utk saya suatu ketika dahulu kini dah berubah menjadi PANDAI. bukan riak dgn pencapaian, tapi saya bersyukur sebab saya dapat buktikan apa yang cikgu cakap suatu masa dulu adalah salah.. sekian..
nota : kepada pendidik... treat ur student like ur friend. that's ur responsibilities to teach them till success. jangan mengungkap sesuatu perkataan yang kurang elok di pendengaran.. tugas seorang pendidik memerlukan kesabaran yang tinggi. 'mereka' hanya orang yang memerlukan bantuan untuk mencapai kejayaan. bersabarlah dgn setiap karenah 'mereka'.
Tuesday, March 5, 2013
terbiasa
DEJA VU by SHILA AMZAH
Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita
Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka
( Chorus )
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta
Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi
( Ulang chorus )
Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta
note : merasakan diri ini dah pudar dengan rasa itu. bukan tak mahu tinggalkan tapi aku dah terbiasa dengannya. dia yang ada walaupun sekejap2 selama beberapa tahun ni. aku tak biasa tanpanya. uhh. sigh!
Tuesday, February 19, 2013
cinta atau obses part 2
“papa! Mama! I got it! Alhamdulillah.”
Laptop dipelukan aku eratkan sambil berlari-lari anak ke arah mama dan papa
yang sedang bersantai di gazebo.
“dapat apa? Cuba jangan berlari-lari sambil bawa laptop tu. Kalau jatuh nanti
macam mana? Papa tak nak belikan yang baru”. Aku hanya tersengih memandang ke
arah papa.
“dapat apa ni sayang? Menang main game dekat laptop tu ke?” mama bertanya.
“haisy. Ape mama ni. Bukan lah. Ini haaa.” Skrin laptop di ketuk-ketuk oleh
jari-jemariku. Mata mama terkebil-kebil melihat skrin di hadapannya.
“alhamdulillah Lin. Akhirnya Lin berjaya jugak dapat apa yang Lin nak. Kos dan
tempat pilihan Lin pulak tu”. Mama tersenyum memandangku. Aku terus memeluk
mama dan mencium kedua belah pipinya. Mama selalu menjadi penyokong aku dikala
susah dan senang. Tak macam orang disebelah tu. Mata di kerling ke sisi mama.
“apa yang suka sangat? Dapat tawaran universiti tempatan je pun. Papa suruh Lin
study overseas Lin tak nak. Setakat Universiti dalam negara apa yang ada.” Haa.
Kan dah cakap. Papa ni tak pernah nak sokong apa yang aku buat. Dulu masa nak
masuk asrama pun papa tak bagi. Katanya nanti takut aku tak pandai nak uruskan
diri sendiri. Kalau macam tu bila masanya aku nak didik diri aku supaya berdikari?
Sekarang isu universiti pula. Alah. Sekarang universiti tempatan dah membangun
la. Tenaga pengajar pun mempunyai kelulusan yang tinggi. Ramai pelajar yang berkelulusan dari
universiti tempatan graduate dengan cemerlang. Hurm. Takkan lah aku nak
berdebat dengan papa pasal isu ni. Jadi, jawapan yang terbaik boleh aku bagi
ialah...
“ala papa. Lin tak nak pergi overseas tu sebab Lin tak nak jauh-jauh dengan
papa dan mama. Nanti kalau Lin rindu macam mana? Lin takut Lin tak boleh fokus
nanti sebab rindukan mama dan papa. Memang la papa boleh ziarah Lin kat sana. Tapi
papa kan busy. Tak boleh selalu melawat Lin. Lagipun, Lin tak nak la berjauhan
dengan Diba.” Aku membuat muka sedih. Tapi memang betul pun. Aku tak boleh nak
berjauhan dengan mereka yang aku sayang. Masuk asrama dulu pun setiap minggu
mesti aku balik rumah.
“apa-apa je la Lin. Asalkan Lin belajar”. Ujar papa sambil memberi makan ikan
kap di dalam kolam di depan gazebo itu makan. Malas nak bertekak la tu.
“sebut pasal Diba, dia dapat tawaran ke mana?” soal mama.
“entah. Lin tak tany..” tiba-tiba telefon samsung didalam poket seluar
tracksuit aku berbunyi.
“eh kejap ye mama. Ade orang call.”
“NIA!!!!!!!!!!!!”, telefon putih itu aku jarakkan sedikit dari telinga. Kalau la
si pemanggil ni setiap jam call aku, confirm aku boleh dapat barah telinga. Astarghfirullah.
Mintak dijauhkan.
“assalamualaikum” nah amik kau. Kan dah kena perli dengan Nia Amalin.
“ehee. Waalaikumsalam. Sejak bila kau jadi islamic ni. Ah. Tak kisah la. Ni aku
nak tanya. Kau dapat tawaran masuk U mana?”, ujar Diba. Eh, sempat lagi nak
kenakan aku balik. Teruk sangat ke perangai aku sebelum ni sampai bagi salam
pun cakap aku baru nak Islamic. Diba..Diba.. aku menggeleng-gelengkan kepala.
“aku dapat tawaran dekat UKM Bangi. Kos diploma perniagaan.” Sebenarnya sebelum
ni aku ada memohon matrikulasi. Tapi keputusan SPM tak berapa bagus. Itu lah
Nia. Sibuk sangat admirer dekat orang. Waktu belajar pergi skodeng orang. Heh.
“beb!!! Aku pun dapat sama dengan kau lah!” orang disana sudah terjerit-jerit
bagai nak gila.
“hah?!” dan aku terlopong beberapa saat sebelum terlompat-lompat macam orang
gila. Mama dan papa yang sibuk memberi ikan makan terdiam. Mesti mereka fikir
anak mereka kena rasuk dengan hantu katak. Haha! Aku tak peduli. Yang penting
aku happy! Happy sangat sebab ade geng. Geng nak layan perangai aku ni.
“bestnyaaaaaaa Diba! Ok. Talk to you later. Bye”
“sekejap. Aku baru...” terus aku matikan telefon. Beberapa saat kemudian satu masuk
sms kedalam telefonku.
“TERUK PERANGAI!”-Diba the nenek. Aku yang terhenti melompat kembali berjoget
sebelum di tegur oleh mama.
“oii. Sudah. Buruk anak dara melompat, berjoget macam tu. Dah macam beruk mama
tengok.” Mama sudah bercekak pinggang.
“hehe. Mama ni. Lin tengah happy la sebab best friend ever ever Lin dapat kos
dan tempat yang sama.”
“ohh. Diba dapat sama dengan Lin? Baguslah. Ada jugak orang yang
tengok-tengokkan Lin nanti”, kata mama.
“yela tu tengok-tengokkan. entah-entah jadi geng buat aktiviti yang tak patut. Macam
la awak tak tahu Lin dengan Diba tu macam mana.” Papa menyampuk.
dan aku hanya boleh tersengih.
cinta atau obses part 1
"huuhh..", aku
mengeluh lagi. kertas-kertas yang penuh dengan nombor di hadapanku, aku tatap
dengan berpinar-pinar. kenapa dia muncul lagi setelah 5 tahun menyepi. setelah
aku tetapkan hati aku untuk melupakan dia dan meneruskan hidup. Aku belum berjaya
untuk menghapuskan kenangan lalu yang begitu perit.
................................................................................................................................
"hoiiii! kau tengok apa tu?"
"eh sayang kau". aku yang terkejut dengan sergahan adiba terus
mencubit lengannya. "hisy kau ni. datang-datang terus nak buat aku mati.
kalau aku terterjun bangunan ni macam mana hah? tak sempat aku nak amik spm.
kot ye pun tunggu la aku jadi orang berguna dulu baru...."
"habis tu sekarang ni kau tak bergunalah ye?", adiba terkekek-kekek
ketawa.
"choiii mulut kau. aku baling dengan sandal batu aku ni baru kau
tahu." aku dah membuka sandal berwarna coklat dan bersiap sedia untuk
menyerang. jangan tak tahu, aku ni jaguh baling selipar kat kampung dulu. hehh.
"ehhh.. sabar Nia. aku gurau je.. " adiba menanyangkan giginya yang
tersusun dan putih itu.
"haa.. tahu pun kau takut." aku tertawa geli hati melihat reaksi
adiba itu. macam ni lah kami berdua. adiba kawan yang boleh di ajak bergurau,
walaupun gurauan kami kasar. ada satu hari tu aku pernah tersimbah dia dengan
air basuh baju aku yang direndam selama 3 hari sebab di sergah oleh minah tu.
kadang-kadang aku terketuk dia dengan buku add math yang tebalnya boleh buat
orang pening lalat. dan dia pula pernah terbaling bola softball kat mata aku
sampai sepet mata aku. err.. semuanya TER dengan sengaja.
"bukan takut la Nia. tapi cuak. hehe. kau ni bukannya boleh. nanti habis
pipi aku yang comel ni melekat tapak sandal kau. eh kejap-kejap. kau buat apa
tadi sampai aku panggil banyak kali kau tak dengar? dah la merayap tak ajak
aku." adiba berpura-pura memasamkan mukanya. eleh. ingat aku nak pujuk kau
ke diba. hailaaa adiba-adiba. aku tersengih didalam hati.
"alah.. aku saja nak suruh kau belajar. ini tak.. asyik nak memonteng prep
petang je. isy3. ape nak jadi la dengan kau ni diba.." aku
menggeleng-geleng kepala.
"aku pulak yang kena.. habis tu kau???? kau tak memonteng lah ye?"
adiba mencerlungkan matanya.
"aku tak pe." aku tayang muka comel di depannya.
"apalah nasib aku dapat kawan macam kau ni. dah lah kasar, mereng pulak
tu. kau tengok apa tadi? budak laki mana pulak kau minat ni?" adiba tanya
sambil memandang ke arah tempat yang di renung aku tadi.
"kau ni.. tahu-tahu aje. tuuuuuuu. budak laki yang duduk sorang-sorang kat
tepi padang tu. kau kenal?" aku memuncungkan mulut ke arah seorang budak
lelaki yang sedang termenung sendirian.
"ohh.. yang itu. nama dia afiq. dia
budak kelas sains 1, AJK surau, budak ragbi dan boyfriend kepada Hadira kos
mekanikal merangkap pengawas asrama." terang adiba kepadaku.
"erkk.. dah ade makwe?" alahai. muka hensem memang lah patut ade
makwe. tapi kenapa aku tak pernah nampak dia sebelum ni?
"hisy kau ni. tak habis-habis nak minat orang. tapi pakwe pun tak
de." adiba tersenyum mengejek.
"biar lah. aku memang suka minat orang. bagi aku minat tu tak salah.
bukannya aku kacau orang pun." aku menjelirkan lidah.
'tapi kalau aku tahu orang minat aku, memang aku reject awal2 orang tu walaupun
dia hanya nak berkawan.' sambungku didalam hati. hebatkan prinsip aku. itulah
diri Nia Amalin binti Nasri.
"sudahlah tu tenung anak teruna orang. jom kemas barang. waktu prep dah
nak habis ni. kejap lagi nak ke surau pulak." adiba mematikan lamunan aku.
"baik boss! jom. lets go!" aku melarikan pandangan kearah pintu kelas
ku yang ternganga luas. Rata-ratanya semua sudah berkemas untuk meninggalkan
kelas tersebut.
"Nia??? aik? bukan ke kau selalu duduk saff paling belakang? kenapa
tiba-tiba hari ni aku tengok muka kau kat saff paling depan? ", Nurul
tiba-tiba muncul menyiku aku.
"shhh.. diam lah. dalam surau mana boleh cakap. nanti kena ambil nama.
tu.. kau nampak tak tu AJK surau dah tenung-tenung." aku membisikkan ke
telinga Nurul cuba untuk mengalihkan tumpuannya dari soalan yang akan dikemukakan.
padahal dalam hati ada agenda yang tersendiri.
"eleh Nurul. macam la kau tak tahu hari ni hari apa. biasalah si Nia ni.
kejap lagi jadi mata serigala lah. tajam aje." ujar adiba yang duduk
disebelahku.
'ciss. bikin kantoi tak bermaruah je la si diba ni.' selalunya pada hari minggu
akan diadakan aktiviti surau seperti ceramah agama dan taaruf. Di sini lah
penghuni asrama seperti kami dididik dan di terapkan nilai keagamaan agar
sentiasa mengingati pada yang SATU.
"shhhhhh!!!!!!", serentak kami bertiga berpaling suara tersebut.
kelihatan ketua AJK surau perempuan, Azlin memandang tajam ke arah kami seperti
memberi amaran supaya diam. kami bertiga hanya mampu tersengih-sengih dan
menekur di lantai.
'sreettttttt'... tirai di hadapan kami yang memisahkan antara saff perempuan
dan saff lelaki di buka. bagaikan terkena renjatan elektrik, badan aku terus
menegak 90 darjah. mataku menangkap susuk tubuh seseorang yang lengkap berbaju
melayu biru serta bersamping. alahai. segaknya dia. hati ini terasa cair dan
terasa berada di awang-awangan. ada blink2 bentuk hati di depan mataku.
"jaga mata anda sesungguhnya mata adalah sekecil-kecil zina dan ia
dinamakan zina mata."
"errkkk. uhukk..uhukk." aku terbatuk-batuk kecil. suara ustaz Amir
berkumandang di cuping telingaku. aduh. terkena pada batang hidung aku yang tak
berapa nak mancung ini. terlupa pulak tajuk ceramah pada hari ini berkisarkan
tentang batas dan pergaulan. aku terus menundukkan wajah, insaf seketika dan
cuba menghayati bait-bait ayat yang di keluarkan.
Peperiksaan SPM tinggal hanya beberapa minggu. aku sibuk mengulangkaji
pelajaran dan meninggalkan segala hobi aku yang tidak mendatangkan faedah iaitu
meminati orang. sebelum memasuki sekolah ini aku sudah berjanji kepada diri
sendiri untuk membanggakan kedua orang tua ku dan aku akan buktikan kepada
mereka bahawa anaknya ini mampu berjaya.
akhirnya, saat yang ditunggu telah pun tiba. hari ini ialah hari tamatnya
persekolahan ku dan hari yang telah mengubah statusku sebagai seorang pelajar
sekolah kepada seorang yang lebih dewasa. kertas peperiksaan akhir iaitu fizik,
aku jawab dengan bersungguh-sungguh sehingga tamatnya waktu. selesai pengawas
peperiksaan mengutip kertasku, aku berpusing ke arah belakang dan alangkah
terkejutnya apabila melihat dewan yang tadinya penuh dengan pelajar kini hampir
kosong. tinggal beberapa orang pelajar sahaja yang menghela nafas lega apabila
kertas mereka di kutip. wah. dasyat juga pelajar-pelajar sekolah aku ni. cepat
betul jawab paper killer yang di ibaratkan tali gantung di leher.
keluar dari dewan peperiksaan, aku memanjangkan leher mencari kelibat Adiba. Tapi
mataku sempat menangkap dua susuk tubuh yang sedang berbual mesra. aku
tersenyum kecil melihat afiq dan hadira yang sedang bertukar hadiah. didalam
hati ini hanya mampu berdoa agar mereka dipanjangkan jodoh.
"Nia!!!! yey! kita dah merdeka Nia. kita dah bebas! tak perlu lagi dijajah
dengan subjek-subjek yang menyesakkan otak." adiba memelukku dari arah
belakang.
"kuss semangat. hisy kau ni diba. dari dulu sampai sekarang perangai tak
semenggah. cuba la bersopan sikit tegur orang tu." aku mencebikkan wajah.
"hehe. aku happy sangat sampai tak sempat nak bersopan-santun tegur kau.
kau tu yang ralit sangat tengok apa tah." adiba tertinjau-tinjau tempat
yang di duduki oleh Afiq dan hadira tadi tapi dua tubuh tersebut telahpun
hilang dari pandangan mata.
"Sudah la tu. takda apa pun yang aku tengok tadi. jom kita ke asrama. papa
aku pun rasanya dah sampai. barang-barang banyak lagi yang tak terangkut
turun." ujarku segera menapak ke arah bangunan asrama.
Subscribe to:
Posts (Atom)