"huuhh..", aku
mengeluh lagi. kertas-kertas yang penuh dengan nombor di hadapanku, aku tatap
dengan berpinar-pinar. kenapa dia muncul lagi setelah 5 tahun menyepi. setelah
aku tetapkan hati aku untuk melupakan dia dan meneruskan hidup. Aku belum berjaya
untuk menghapuskan kenangan lalu yang begitu perit.
................................................................................................................................
"hoiiii! kau tengok apa tu?"
"eh sayang kau". aku yang terkejut dengan sergahan adiba terus
mencubit lengannya. "hisy kau ni. datang-datang terus nak buat aku mati.
kalau aku terterjun bangunan ni macam mana hah? tak sempat aku nak amik spm.
kot ye pun tunggu la aku jadi orang berguna dulu baru...."
"habis tu sekarang ni kau tak bergunalah ye?", adiba terkekek-kekek
ketawa.
"choiii mulut kau. aku baling dengan sandal batu aku ni baru kau
tahu." aku dah membuka sandal berwarna coklat dan bersiap sedia untuk
menyerang. jangan tak tahu, aku ni jaguh baling selipar kat kampung dulu. hehh.
"ehhh.. sabar Nia. aku gurau je.. " adiba menanyangkan giginya yang
tersusun dan putih itu.
"haa.. tahu pun kau takut." aku tertawa geli hati melihat reaksi
adiba itu. macam ni lah kami berdua. adiba kawan yang boleh di ajak bergurau,
walaupun gurauan kami kasar. ada satu hari tu aku pernah tersimbah dia dengan
air basuh baju aku yang direndam selama 3 hari sebab di sergah oleh minah tu.
kadang-kadang aku terketuk dia dengan buku add math yang tebalnya boleh buat
orang pening lalat. dan dia pula pernah terbaling bola softball kat mata aku
sampai sepet mata aku. err.. semuanya TER dengan sengaja.
"bukan takut la Nia. tapi cuak. hehe. kau ni bukannya boleh. nanti habis
pipi aku yang comel ni melekat tapak sandal kau. eh kejap-kejap. kau buat apa
tadi sampai aku panggil banyak kali kau tak dengar? dah la merayap tak ajak
aku." adiba berpura-pura memasamkan mukanya. eleh. ingat aku nak pujuk kau
ke diba. hailaaa adiba-adiba. aku tersengih didalam hati.
"alah.. aku saja nak suruh kau belajar. ini tak.. asyik nak memonteng prep
petang je. isy3. ape nak jadi la dengan kau ni diba.." aku
menggeleng-geleng kepala.
"aku pulak yang kena.. habis tu kau???? kau tak memonteng lah ye?"
adiba mencerlungkan matanya.
"aku tak pe." aku tayang muka comel di depannya.
"apalah nasib aku dapat kawan macam kau ni. dah lah kasar, mereng pulak
tu. kau tengok apa tadi? budak laki mana pulak kau minat ni?" adiba tanya
sambil memandang ke arah tempat yang di renung aku tadi.
"kau ni.. tahu-tahu aje. tuuuuuuu. budak laki yang duduk sorang-sorang kat
tepi padang tu. kau kenal?" aku memuncungkan mulut ke arah seorang budak
lelaki yang sedang termenung sendirian.
"ohh.. yang itu. nama dia afiq. dia
budak kelas sains 1, AJK surau, budak ragbi dan boyfriend kepada Hadira kos
mekanikal merangkap pengawas asrama." terang adiba kepadaku.
"erkk.. dah ade makwe?" alahai. muka hensem memang lah patut ade
makwe. tapi kenapa aku tak pernah nampak dia sebelum ni?
"hisy kau ni. tak habis-habis nak minat orang. tapi pakwe pun tak
de." adiba tersenyum mengejek.
"biar lah. aku memang suka minat orang. bagi aku minat tu tak salah.
bukannya aku kacau orang pun." aku menjelirkan lidah.
'tapi kalau aku tahu orang minat aku, memang aku reject awal2 orang tu walaupun
dia hanya nak berkawan.' sambungku didalam hati. hebatkan prinsip aku. itulah
diri Nia Amalin binti Nasri.
"sudahlah tu tenung anak teruna orang. jom kemas barang. waktu prep dah
nak habis ni. kejap lagi nak ke surau pulak." adiba mematikan lamunan aku.
"baik boss! jom. lets go!" aku melarikan pandangan kearah pintu kelas
ku yang ternganga luas. Rata-ratanya semua sudah berkemas untuk meninggalkan
kelas tersebut.
"Nia??? aik? bukan ke kau selalu duduk saff paling belakang? kenapa
tiba-tiba hari ni aku tengok muka kau kat saff paling depan? ", Nurul
tiba-tiba muncul menyiku aku.
"shhh.. diam lah. dalam surau mana boleh cakap. nanti kena ambil nama.
tu.. kau nampak tak tu AJK surau dah tenung-tenung." aku membisikkan ke
telinga Nurul cuba untuk mengalihkan tumpuannya dari soalan yang akan dikemukakan.
padahal dalam hati ada agenda yang tersendiri.
"eleh Nurul. macam la kau tak tahu hari ni hari apa. biasalah si Nia ni.
kejap lagi jadi mata serigala lah. tajam aje." ujar adiba yang duduk
disebelahku.
'ciss. bikin kantoi tak bermaruah je la si diba ni.' selalunya pada hari minggu
akan diadakan aktiviti surau seperti ceramah agama dan taaruf. Di sini lah
penghuni asrama seperti kami dididik dan di terapkan nilai keagamaan agar
sentiasa mengingati pada yang SATU.
"shhhhhh!!!!!!", serentak kami bertiga berpaling suara tersebut.
kelihatan ketua AJK surau perempuan, Azlin memandang tajam ke arah kami seperti
memberi amaran supaya diam. kami bertiga hanya mampu tersengih-sengih dan
menekur di lantai.
'sreettttttt'... tirai di hadapan kami yang memisahkan antara saff perempuan
dan saff lelaki di buka. bagaikan terkena renjatan elektrik, badan aku terus
menegak 90 darjah. mataku menangkap susuk tubuh seseorang yang lengkap berbaju
melayu biru serta bersamping. alahai. segaknya dia. hati ini terasa cair dan
terasa berada di awang-awangan. ada blink2 bentuk hati di depan mataku.
"jaga mata anda sesungguhnya mata adalah sekecil-kecil zina dan ia
dinamakan zina mata."
"errkkk. uhukk..uhukk." aku terbatuk-batuk kecil. suara ustaz Amir
berkumandang di cuping telingaku. aduh. terkena pada batang hidung aku yang tak
berapa nak mancung ini. terlupa pulak tajuk ceramah pada hari ini berkisarkan
tentang batas dan pergaulan. aku terus menundukkan wajah, insaf seketika dan
cuba menghayati bait-bait ayat yang di keluarkan.
Peperiksaan SPM tinggal hanya beberapa minggu. aku sibuk mengulangkaji
pelajaran dan meninggalkan segala hobi aku yang tidak mendatangkan faedah iaitu
meminati orang. sebelum memasuki sekolah ini aku sudah berjanji kepada diri
sendiri untuk membanggakan kedua orang tua ku dan aku akan buktikan kepada
mereka bahawa anaknya ini mampu berjaya.
akhirnya, saat yang ditunggu telah pun tiba. hari ini ialah hari tamatnya
persekolahan ku dan hari yang telah mengubah statusku sebagai seorang pelajar
sekolah kepada seorang yang lebih dewasa. kertas peperiksaan akhir iaitu fizik,
aku jawab dengan bersungguh-sungguh sehingga tamatnya waktu. selesai pengawas
peperiksaan mengutip kertasku, aku berpusing ke arah belakang dan alangkah
terkejutnya apabila melihat dewan yang tadinya penuh dengan pelajar kini hampir
kosong. tinggal beberapa orang pelajar sahaja yang menghela nafas lega apabila
kertas mereka di kutip. wah. dasyat juga pelajar-pelajar sekolah aku ni. cepat
betul jawab paper killer yang di ibaratkan tali gantung di leher.
keluar dari dewan peperiksaan, aku memanjangkan leher mencari kelibat Adiba. Tapi
mataku sempat menangkap dua susuk tubuh yang sedang berbual mesra. aku
tersenyum kecil melihat afiq dan hadira yang sedang bertukar hadiah. didalam
hati ini hanya mampu berdoa agar mereka dipanjangkan jodoh.
"Nia!!!! yey! kita dah merdeka Nia. kita dah bebas! tak perlu lagi dijajah
dengan subjek-subjek yang menyesakkan otak." adiba memelukku dari arah
belakang.
"kuss semangat. hisy kau ni diba. dari dulu sampai sekarang perangai tak
semenggah. cuba la bersopan sikit tegur orang tu." aku mencebikkan wajah.
"hehe. aku happy sangat sampai tak sempat nak bersopan-santun tegur kau.
kau tu yang ralit sangat tengok apa tah." adiba tertinjau-tinjau tempat
yang di duduki oleh Afiq dan hadira tadi tapi dua tubuh tersebut telahpun
hilang dari pandangan mata.
"Sudah la tu. takda apa pun yang aku tengok tadi. jom kita ke asrama. papa
aku pun rasanya dah sampai. barang-barang banyak lagi yang tak terangkut
turun." ujarku segera menapak ke arah bangunan asrama.
No comments:
Post a Comment