“papa! Mama! I got it! Alhamdulillah.”
Laptop dipelukan aku eratkan sambil berlari-lari anak ke arah mama dan papa
yang sedang bersantai di gazebo.
“dapat apa? Cuba jangan berlari-lari sambil bawa laptop tu. Kalau jatuh nanti
macam mana? Papa tak nak belikan yang baru”. Aku hanya tersengih memandang ke
arah papa.
“dapat apa ni sayang? Menang main game dekat laptop tu ke?” mama bertanya.
“haisy. Ape mama ni. Bukan lah. Ini haaa.” Skrin laptop di ketuk-ketuk oleh
jari-jemariku. Mata mama terkebil-kebil melihat skrin di hadapannya.
“alhamdulillah Lin. Akhirnya Lin berjaya jugak dapat apa yang Lin nak. Kos dan
tempat pilihan Lin pulak tu”. Mama tersenyum memandangku. Aku terus memeluk
mama dan mencium kedua belah pipinya. Mama selalu menjadi penyokong aku dikala
susah dan senang. Tak macam orang disebelah tu. Mata di kerling ke sisi mama.
“apa yang suka sangat? Dapat tawaran universiti tempatan je pun. Papa suruh Lin
study overseas Lin tak nak. Setakat Universiti dalam negara apa yang ada.” Haa.
Kan dah cakap. Papa ni tak pernah nak sokong apa yang aku buat. Dulu masa nak
masuk asrama pun papa tak bagi. Katanya nanti takut aku tak pandai nak uruskan
diri sendiri. Kalau macam tu bila masanya aku nak didik diri aku supaya berdikari?
Sekarang isu universiti pula. Alah. Sekarang universiti tempatan dah membangun
la. Tenaga pengajar pun mempunyai kelulusan yang tinggi. Ramai pelajar yang berkelulusan dari
universiti tempatan graduate dengan cemerlang. Hurm. Takkan lah aku nak
berdebat dengan papa pasal isu ni. Jadi, jawapan yang terbaik boleh aku bagi
ialah...
“ala papa. Lin tak nak pergi overseas tu sebab Lin tak nak jauh-jauh dengan
papa dan mama. Nanti kalau Lin rindu macam mana? Lin takut Lin tak boleh fokus
nanti sebab rindukan mama dan papa. Memang la papa boleh ziarah Lin kat sana. Tapi
papa kan busy. Tak boleh selalu melawat Lin. Lagipun, Lin tak nak la berjauhan
dengan Diba.” Aku membuat muka sedih. Tapi memang betul pun. Aku tak boleh nak
berjauhan dengan mereka yang aku sayang. Masuk asrama dulu pun setiap minggu
mesti aku balik rumah.
“apa-apa je la Lin. Asalkan Lin belajar”. Ujar papa sambil memberi makan ikan
kap di dalam kolam di depan gazebo itu makan. Malas nak bertekak la tu.
“sebut pasal Diba, dia dapat tawaran ke mana?” soal mama.
“entah. Lin tak tany..” tiba-tiba telefon samsung didalam poket seluar
tracksuit aku berbunyi.
“eh kejap ye mama. Ade orang call.”
“NIA!!!!!!!!!!!!”, telefon putih itu aku jarakkan sedikit dari telinga. Kalau la
si pemanggil ni setiap jam call aku, confirm aku boleh dapat barah telinga. Astarghfirullah.
Mintak dijauhkan.
“assalamualaikum” nah amik kau. Kan dah kena perli dengan Nia Amalin.
“ehee. Waalaikumsalam. Sejak bila kau jadi islamic ni. Ah. Tak kisah la. Ni aku
nak tanya. Kau dapat tawaran masuk U mana?”, ujar Diba. Eh, sempat lagi nak
kenakan aku balik. Teruk sangat ke perangai aku sebelum ni sampai bagi salam
pun cakap aku baru nak Islamic. Diba..Diba.. aku menggeleng-gelengkan kepala.
“aku dapat tawaran dekat UKM Bangi. Kos diploma perniagaan.” Sebenarnya sebelum
ni aku ada memohon matrikulasi. Tapi keputusan SPM tak berapa bagus. Itu lah
Nia. Sibuk sangat admirer dekat orang. Waktu belajar pergi skodeng orang. Heh.
“beb!!! Aku pun dapat sama dengan kau lah!” orang disana sudah terjerit-jerit
bagai nak gila.
“hah?!” dan aku terlopong beberapa saat sebelum terlompat-lompat macam orang
gila. Mama dan papa yang sibuk memberi ikan makan terdiam. Mesti mereka fikir
anak mereka kena rasuk dengan hantu katak. Haha! Aku tak peduli. Yang penting
aku happy! Happy sangat sebab ade geng. Geng nak layan perangai aku ni.
“bestnyaaaaaaa Diba! Ok. Talk to you later. Bye”
“sekejap. Aku baru...” terus aku matikan telefon. Beberapa saat kemudian satu masuk
sms kedalam telefonku.
“TERUK PERANGAI!”-Diba the nenek. Aku yang terhenti melompat kembali berjoget
sebelum di tegur oleh mama.
“oii. Sudah. Buruk anak dara melompat, berjoget macam tu. Dah macam beruk mama
tengok.” Mama sudah bercekak pinggang.
“hehe. Mama ni. Lin tengah happy la sebab best friend ever ever Lin dapat kos
dan tempat yang sama.”
“ohh. Diba dapat sama dengan Lin? Baguslah. Ada jugak orang yang
tengok-tengokkan Lin nanti”, kata mama.
“yela tu tengok-tengokkan. entah-entah jadi geng buat aktiviti yang tak patut. Macam
la awak tak tahu Lin dengan Diba tu macam mana.” Papa menyampuk.
dan aku hanya boleh tersengih.